Monday, October 26, 2009

KORBAN PERDANA MISI KEMANUSIAAN AMAL 1430 H.


Kuantan - Pengarah Urusetia korban Perdana Yayasan Amal Malaysia (AMAL) Cawangan Pahang Ust Rosli Abdul Jabbar mengalu-alukan kepada orang ramai untuk menyertai ibadah korban / aqiqah bagi tahun 1430 H.
Menurut beliau pada tahun ini pihak urusetia korban akan melaksanakan korban pedana misi kemanusiaan di penempatan mangsa perang Mindanao, perkampungan islam di pendalaman Sabah dan Sarawak, perkampungan orang-orang asli, Selatan Thailand, kemboja dan Sri Lanka.


Pada tahun ini pihak urusetia korban mensasarkan 100 ekor lembu untuk di agihkan ke tempat-tempat diatas. Kadar bayaran bagi satu bahagian lembu ialah sebanyak RM250.00 manakala seekor kambing RM 350.00.


Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai ibadah korban ini bolehlah berhubung dengan :


1. Pengarah : Ust Rosli b. Abdul Jabbar - 0199392134
2. Timb. Pengarah : Nasrun Amir b. Abdullah - 0139359898
3. Setiausaha : Ust Sharuddin Muhammad - 0139191721
4. Bendahari : Johari b. Abdul Wahid - 0139844767


Bayaran penyertaan juga boleh melalui akaun maybank Yayasan Amal Malaysia (AMAL) Cawangan Pahang - 5560 1100 975 6 serta SMSkan maklumat anda kepada Sdr Johari Abdul Wahid di nombor 013 984 4767.

Friday, October 24, 2008

SEJARAH PENUBUHAN UNIT AMAL

Ianya dicetuskan melalui sebuah panduan kertas kerja induk Lujnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan DPP Pusat sessi 1989/91. Kemudian disahkan oleh mesyuarat Jawatankuasa kerja DPP Pusat kali ke 4 pada 1 Julai 1989 dengan digerakkan oleh satu unit penajaan seramai 12 orang dari Terengganu yang mempunyai pelbagai pengalaman pasukan sukarelawan beruniform. Majlis pelancaran Unit Amal (Kebajikan dan Reakreasi) telah diadakan pada 14 hingga 16 Februari 1991 bertempat di pantai peranginan Tok Jembal, Kuala Terengganu yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Unit Amal Pusat dengan kerjasama Unit Amal Terengganu.

Pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Guru Haji Harun Taib (Ahli Majlis Syura Ulama’) AJK PAS Pusat merangkap Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu pada masa itu. Jambori pertama kali ini telah berjaya mengumpulkan penyertaan seramai 851 anggota Unit Amal dari seluruh negeri.

Tuan Hj Hussin Ismail telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Unit Amal yang pertama. Pasukan ini kemudiannya diikuti oleh Penubuhan Unit Amal Nisa oleh Dewan Muslimat PAS Pusat. Bermula dari sinilah penubuhan Unit Amal di seluruh negeri dan kawasan dipertingkatkan. Sdr Jamuliddin Ellias telah dipilih sebagai Ketua Pengarah Unit ke 2 bermula 2002-2005. Berbagai kejayaan telah berjaya dilaksanakan oleh Unit Amal Pusat selama tempoh tersebut terutama dalam memberi khidmat kepada PAS disemua peringkat.

Mulai Julai 2005 Sdr Jamsari Marsom telah dipilih Ketua Pengarah ke 3 menggantikan Sdr Jamuliddin ellias yang telah melebihi umur pemuda. Dibawah YB Salahudin Ayub selaku ketua DPPP satu perubahan drastic dilakukan oleh Unit Amal untuk menumpu engagement dengan masyarakat sesuai dengan misi dan visi baru DPPP.


Bermula Februari 2006, Unit Amal telah dianugerahkan pakaian rasmi (uniform) baru berwarna merah terang yang lebih ceria sesuai dengan citarasa pemuda pada ketika ini. Majlis penyampaian penganugerahan pakaian rasmi ini telah disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan, YAB Dato’ Tuan Guru Hj Nik Abd Aziz Nik Mat di Perdana Resort, Kota Bharu, Kelantan.